SENI DAN FOTOGRAFI

Bukit Enjin merupakan unjuran dari Gunung Besar Hantu persempadanan antara Negeri P

ahang / N.Sembilan sila klick pada Photo diatas

peta lokasi Bukit Enjin sila klik disini

peta lokasi Bukit Kubang Ampang sila klick disini

Fotografi merupakan sebuah media yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu karya atau momen penting ,melalui fotografi juga mengundang peribahasa ” Jauh Perjalanan luas Pandangan “,melalui sekeping gambar boleh memberi seribu kenangan. Semakin jauh melangkah l banyak pengalaman yang di tambah.Kenangan demi kenangan akan terpahat indah di dalam memori sanubari.Melalui sekeping gambar akan mengocakkan jiwa seseorang,dan menjangkau kezaman lampau menembusi ruang waktu,zaman kanak kanak yang penuh dengan kenangan yang indah,sedih dan gelak tawa

Foto merupakan sesuatu benda yang menarik untuk dilihat dan diamati dan lebih mudah diingati jika dibandingkan dengan apa jua jenis coretan. Iajuga memiliki nilai dokumentasi yang tinggi keranan mampu merakam sesuatu yang tidak mungkin akan berulang kembali.Umpamanya sesuatu peristewa yang berlaku didalam sesebuah keluarga saperti persandingan pengantin,didalam media media berita dan apa jua yang berlaku dapat digambarkan didalam sesebuah photo.

Seni pada fotografi sama seperti cabang seni yang lain tidak terikat dengan apa jua fungsi dan merupakan media ekspresi atau simbol diri.Seni pada fotografi sering disebut “Fine art“.Karya seni yang berkualiti akan membawa perasaan dan fikiran anda dalam bentuk visual yang tidak pernah dilihat.

Seni fotografi berkait rapat dengan kaedah ilmu yang lain,Pengaruh paling utama dengan media seni yang hampir sama iaitu lukisan.Bagi jurugambar pula perbezaannya amat ketara mengikut masa dan zaman, Dari era 30an hingga masa kini perbezaan yang amat ketara ialah dari segi peralatan dan daya kreativiti jurugambar itu sendiri.

Cuba anda lihat gambar diatas, apa yang anda dapat gambarkan.melaluai foto ini kita akan tertarik kepada beberapa objek dan akan mengambarkan serta membuat beberapa coretan mengenainya, dan coretan ini akan mengambil masa serta memungkinkan coretan ini melahirkan beratus ratus perkataan bagi mengambarkan suasana serta persekitaran yang ada didalam foto tersebut.Tetapi jdengan melihat foto tersebut saja tampa apa apa coretan kita sendiri bolih membuat gambaran persekitaran yang wujud didalam gambar tersebut.

==================================================================================================

foto ketika mengikuti kursus di adan fototeacher di fototeacher learning centre Cheras,ada di antara peserta kursus ini sudah biasa dengan kerja kerja fotografi,mereka ini terdiri dari Jabatan Kerajaan,swasta dan berniaga sendiri.Yang duduk dihadapan berbaju T-Shirt hitam bercermin mata itu ialah Sifu saya, penceramah serta pemilik Fototeacher.com.Beliau pernah bekerja di Media Prima ,iaitu NTV 7 sebagai pemberita dan Jurugambar.Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai peserta dan fototeacher click disini dan lihat Archives febuary 2008

Tinggalkan jawapan

Anda hendaklah log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.